konten 1
konten 2
konten 3

Kamis, 04 Desember 2014

Sinopsis Hikayat Cerita Berbingkai



2.4 Sinopsis Hikayat Cerita Berbingkai
1. Hikayat Bayan Budiman
 Seorang saudagar bernama Khoja Maimun dengan istrinya yang amat cantik Bibi Zainab nama-nya, serta dua ekor burung, yaitu seekor burung tiung dan seekor lagi burung bayan.
Pada suatu masa Khoja Maimun telah pergi ke sebuah negeri lain kerana berniaga; isterinya ditinggalkannya ber­sama-sama dengan kedua ekor burung itu. Sepeninggalan Khoja Maimun pergi berniaga ke negeri lain itu, maka ter­sebutlah kisah pada suatu hari tatkala Putera Mahkota negeri itu sedang berangkat mengedari kota, tiba-tiba terpandanglah ia kepada wajah isteri Khoja Maimun yang cantik itu; maka terikatlah rasa cinta berahi antara kedua pihak. Putera Mahkota ingin bertemu muka dan bercumbu-cumbuan dengan isteri saudagar itu lalu diminta­nyalah supaya perempuan itu datang keistananya pada waktu malam.
Sesungguhnya, bahawa kewajipan dan kehormatan tidak ada makananya di sisi seseorang yang diharu nafsu berahi, maka demikianlah halnya pada suatu malam isteri Khoja Maimun itu pun berhias diri dengan tujuan akan pergi; tetapi terlebih dahulu ia telah mendapatkan burung tiung bertanyakan fikiran sambil menyatakan maksudnya itu lalu burung tiung memberi nasihat serta mengingatkan perempuan itu dengan cara berterus terang.
Setelah sudah isteri Khoja Maimun mendengar kata tiung maka ia pun terlalulah marah, katanya, "Kerana (laknat) bagimu! Tiada engkau tahu akan hal hati orang berahi? Kusangkakan engkau ada menaruh timbang rasa, kerana sama perempuan." Maka disentakkannya tiung itu dari dalam sangkarannya lalu dihempaskannya ke bumi. Maka tiong itu pun matilah.
Setelah dilihat oleh bayan kelakuan Bibi Zainab membunuh tiung itu tiada dengan semena-menanya, maka ia pun mendiamkan dirinya, pura-pura tidur. Maka Bibi Zainab pergilah mendapatkan bayan serta dibangunkannya. Maka bayan pun pura-pura terkejut, seraya katanya, "Apakah pekerjaan tuan datang kemari dengan malam kelam ini?"
 Pada itu bayan pun mencari akal bagi menahan istri tuannya daripada melajakkan niatnya yang cemar itu dengan tidak mencela-cela perbuatannya, melainkan dengan jalan bercerita. Maka lekalah isteri Khoja Maimun mendengar cerita bayan yang amat menarik hatinya itu, hingga tiada jadi ia pergi. Cerita-cerita itu pula makin lama semakin banyak mengalirkan kias nasihat yimg halus dan dalam ertinya, terutama sekali mengenai: kaum perempuan.
Demikianah halnya setiap malam-malam bersambut pagi bayan menghabiskan sebanyak tujuh puluh cerita­nya dalam 70 malam. Segala isi cerita-cerita itu memberi insaf kepada isteri Khoja Maimun, sehingga pulihlah semula rasa setianya kepada suaminya dan lenyaplah segala niat hati­nya hendak melakukan perbuatan cemar itu sampai suami­nya kembali.
2. Hikayat Bakhtiar
Raja Azadbakht bersama-sama dengan isteri baginda yang sedang hamil telah meninggalkan negeri dan takhta kerajaan karena mengelakkan daripada berlaku perang saudara yang harus terbit dari angkara niat jahat adinda baginda sendiri yang hendak merampas kerajaan baginda itu.
Setelah beberapa lamanya baginda suami isteri itu berjalan masuk hutan keluar hutan dengan menderita azab sengsara dan lapar dahaga, maka pada suatu hari permaisuri baginda itu pun melahirkan seorang putera, tetapi oleh mengenangkan betapa kesengsaraan dan kelaparan yang akan dilalui maka terpaksalah putera itu ditinggalkan sahaja di dalam hutan.
Tuhan maha berkuasa dan maha mengasihani, kanak­-kanak itu telah dijumpai oleh seorang saudagar, Idris namanya. Kebetulan pula saudagar Idris ini tiada mem­punyai anak, lalu kanak-kanak itu dijadikannya anak angkat serta diberinya nama Bakhtiar, yang berarti membawa keberuntungan.
Tersebut kembali kisah Raja Azadbakht bersama-sama permaisuri baginda, setelah meninggalkan putera yang baru lahir di dalam hutan itu, maka baginda pun menerus­kan perjalanan dengan perasaan sedih dan dukacita.  Tambahan tiada pula tentu ke mana hala yang hendak di­tuju. Selang antara beberapa lamanya berjalan itu maka baginda pun sampailah ke sebuah negeri. Ada pun raja negeri itu baru sahaja mangkat dengan tiada mempunyai seoran pun keturunan yang akan mewarisi takhta kerajaan baginda.
Sekalian menteri-menteri kerajaan itu mula-mulanya tiada tahu apa yang harus dibuat mereka. Akhirnya de­ngan nasihat seorang menteri tua, mereka pun melepaskan seekor gajah sakti, dan beramai-ramai mereka mengikut dibelakangnya. Setelah gajah itu sampai ke pinggir negeri maka bertemulah dengan Raja Azadbakht suami isteri, lalu gajah itu pun berhenti dan menundukkan kepala­nya seolah-olah menyembah. Dari peristiwa ini maka Raja Azadbakht pun dirajakan dinegeri itu.
Selang beberapa tahun lamanya kemudian maka pada suatu hari saudagar Idris telah membawa Bakhtiar yang telah remaja umurnya itu mengadap Raja Azadbakht. berbetulan pada ketika itu ada pula seorang yang mengemukakan suatu masalah yang tiada dapat dijawab oleh raja dan menteri-menteri yang hadir disitu, akhirnya dengan izin raja, Bakhtiar telah dapat menghuraikan masalah itu.
Kebijaksanaan Bakhtiar itu amatlah menarik hati raja, lalu baginda meminta kepada saudagar Idris supaya Bakh­tiar ditinggalkan diam di istana bersama-sama baginda­ tidak sekali-kali baginda mengetahui bahawa Bakhtiar ia­lah putera baginda sendiri maka dari semenjak itu sentiasa­lah Bakhtiar berdamping dengan raja. Hal ini telah metier­bitkan rasa dengki sekalian menteri-menteri dan orang besar-besar kepadanya, kerana cakap-cakap mereka se­olah-olahnya tiada terpakai lagi kepada raja. Mereka telah mengadakan muafakat lalu memfitnahkan Bakhtiar dengan tuduhan mengatakan ia berbuat cemar dengan sa­orang perempuan istana.
Meski pun kadi yang menghakimkan tuduhan itu tiada mendapati keterangan yang sah atas kesalahan Bakh­tiar, tetapi oleh bantahan keras dari menteri-menteri itu maka Bakhtiar telah dihukum penjara. Hukuman ini pun tiada memuaskan hati menteri-menteri itu, mereka menuntut supaya Bakhtiar dihukum bunuh.
Bakhtiar tunduk kepada hukuman itu, tetapi ia memohonkan iaitu kiranya ia dibunuh biarlah di hadapan raja yang dikasihinya itu. Permohonannya dikabulkan dan raja pun datanglah ketempat ia dipenjarakan itu. Untuk menerbitkan perasaan insaf kepada raja tentang tuduh-menuduh orang yang tiada berdosa, maka Bakhtiar pun bercerita selama 17 hari. Ia juga mohon agar ayah angkatnya di jemput.
Dengan permohonan Bakhtiar, raja telah menitahkan orang menjemput saudagar ldris, tiada lama kemudian tiba­lah saudagar ldris suami istri dengan tangis ratapnya menemui Bakhtiar. Saudagar Idris kemudiannya telah menceritakan satu persatu kepada raja bagaimana per­istiwa ia menemui dan mengambil Bakhtiar dijadikannya anak angkat, serta diterangkannya bukti-buktinya sekali.
Setelah mendengarkan cerita itu barulah raja mengetahui bahawa yang sebenarnya Bakhtiar ialah putera baginda sendiri yang telah ditinggalkan di dalam hutan dahulu. Kesudahannya perdana menteri yang khianat itu di hukum penjara selama tujuh belas hari, ia­itu selama Bakhtiar melalui kecemasan hukuman mati itu, tetapi kemudiannya ia di beri semula memegang jawatannya. Tiada lama sesudah itu maka tibalah pula adinda Raja Azadbakht yang Lilah insaf akan kesalahannya dan telah mengembara mencari kekandanya dari sebuah negeri ke sebuah negeri, hingga kedua bersaudara itu ber­temu kembali di negeri itu.

3. Hikayat 1001 Malam
Sultan Shahryar memiliki seorang istri yang sangat ia cintai melebihi apapun di dunia ini. Kebahagiaan terbesar baginya adalah melimpahi sang istri dengan kemuliaan, memberinya pakaian dan permata yang terindah. Tetapi betapa sedih dan malu dirinya ketika tanpa sengaja ia mengetahui bahwa istrinya selama ini telah menipunya. Sultan menganggap tingkah laku istrinya itu sungguh tercela dan memerintahkan sang wazir agung menjatuhinya hukuman mati.
Kemurkaan sultan membuatnya kehilangan akal, hingga ia yakin semua wanita sama jahat dan liciknya seperti istrinya. Dalam pikirannya, semakin sedikit wanita di dunia maka semakin baiklah dunia ini. Oleh karena itu setiap malam ia menikahi seorang gadis dan di pagi harinya ia menyuruh sang wazir agung untuk membunuhnya.
Perbuatan sultan membuat seluruh negeri dicekam ketakutan, tiap hari selalu terdengar tangisan dan ratapan. Di sebuah rumah, seorang ayah menangis tersedu karena kehilangan anak gadisnya. Sedangkan di rumah lainnya seorang ibu meratapi nasib malang putrinya. Kini bukan berkah yang mengelilingi sultan seperti biasanya, melainkan kutukan.

Hingga suatu hari anak dari salah satu sang wazir justru mengajukan diri untuk dinikahi sang sultan.sheherazad nama gadis itu. Menguasai filsafat, kedokteran, sejarah, dan seni dengan baik. Selain itu semua, kecantikan Sheherazad juga melampaui semua gadis di negeri Persia.
Gadis yang cerdas ini rela dinikahi dengan satu syarat sederhana. Dia minta  untuk diijinkan  bercerita. Berkat kepandaiannya bercerita ia dapat memikat hati raja sehingga raja lupa akan niatnya. Putri itu bercerita hingga 1001 malam lamanya.Akhirnya raja tertarik dan menjadikan gadis itu permaisuri di kerajaan selama-lamanya.

4. Hikayat Ghulam
Raja Azabakh di negeri 'Ajam (Parsi) ada mempunyai sepuluh orang wazir dan seorang shah bandar. Dalam suatu tamasya, Raja Azabakh telah terpandang kepada wajah anak perempuan shah bandar yang cantik paras­nya itu, menyebabkan baginda jatuh asyik dan akhirnya baginda telah kawin dengannya, tetapi dari peristiwa per­kawinan ini telah membukakan jalan bagi shah bandar itu merampas takhta kerajaan baginda.
Bersama-sama dengan isteri baginda yang pada masa itu dalam keadaan hamil, Raja Azabakh telah meninggal­kan negeri dengan tujuan hendak mencari perlindungan di sebuah negeri lain. Dalam pelarian itu, pada suatu malam isteri baginda telah melahirkan seorang putera, tetapi kerana baginda suami istri itu sentiasa terancam oleh bahaya kelaparan maka kanak-kanak itu terpaksa di­tinggalkan. Tuhan maha mengasihani, kanak-kanak ini telah dijumpai oleh seorang kepala peyamun lalu di­peliharanya hingga besar.
Ada pun Raja Azabakh itu, selang tiada berapa lama­nya telah mendapat bantuan daripada seorang raja, lalu merampas kembali takhta kerajaan negeri 'Ajam itu.Tersebut pula kisah kepala penyamun itu pada suatu hari ia telah ditewaskan oleh kafilah seorang saudagar dan tertangkap bersama-sama dengan sekalian orang-orang­nya termasuk juga Ghulam, mereka telah dibawa mengadap Raja Azabakh. Baginda amat tertarik hati melihat Ghulam dengan tiada mengetahui bahawa anak itu ialah putera baginda sendiri, lalu disuruh baginda ia bekerja di dalam istana.
Makin lama semakin pula mesra kasih baginda akan Ghulam hingga ia dikurniakan jawatan tinggi dalam istana; kerana itu dengkilah sekalian menteri-menteri akan dia, masing-masing mencari jalan hendak membinasakannya. Akhirnya maka dapatlah juga mereka menyusun tipu muslihat hingga menjadikan seolah-olah ada perhubungan sulit di antara Ghulam dengan permaisuri, tetapi permaisuri, dengan mengikut helah yang diajarkan oleh menteri-men­teri kianat itu, dapatlah melepaskan dirinya dengan mengatakan Ghulam yang mencuba memujuknya.
Menteri-menteri yang dengki itu berulang-ulang mengasut raja supaya Ghulam dihukum bunuh. Ghulam tetap tiada mengaku berdosa, diberinya alasan dengan jalan bercerita.
Tiada lama kemudian kepala penyamun pun telah menceritakan satu persatu kepada raja bagaimana per­istiwa ia menemui dan mengambil Ghulam dijadikannya anak angkat, serta diterangkannya bukti-buktinya sekali. Setelah mendengarkan cerita itu barulah raja mengetahui bahawa yang sebenarnya Ghulam ialah putera baginda sendiri yang telah ditinggalkan di dalam hutan dahulu.

5. Hikayat Kalilah dan Daminah
Ketika seorang Baidaba yang menceritakan kepada Maharaja Dabasyalim. Dalam pembukaan cerita itu, Baidaba menceritakan tentang orang tua yang mempunyai dua anak yang senang berfoya-foya. Tetapi kemudian sadar setelah menasehati keduanya.
 Setelah itu, salah seorang dari mereka ada yang hendak berniaga dengan membawa dua lembu yang kemudian diberi nama Bandabah dan Syatrabah. Dalam perjalan, Syatrabah terjebak ke dalam lumpur, karena tidak dapat keluar akhirnya ditinggalkan. Namun akhirnya Syatrabah dapat melepaskan diri dan berjalan ke hutan, di dalam hutan itu ia mendapatkan banyak rumput sehingga ia dapat hidup dan tubuhnya segar kembali, ia pun sering melengguh keras yang terdengar hingga ke segenap penjuru hutan.
Suara itupun didengar oleh raja hutan, yakni singa. Ia sangat ketakutan karena tidak mengenal lembu sebelumnya. Ketakutan raja hutan dirasakan pula oleh seekor srigala yang bernama Dimnah. Hal ini kemudian diungkapkan Dimnah kepada saudaranya yang juga seekor srigala yang bernama Kalilah. Karena keinginannya untuk menjadi orang mulia dan dekat dengan raja, Dimnah akhirnya bertemu dengan raja singa dan menanyakan prihal kegundahan hati yang membuat raja singa berhari-hari tidak keluar dari kamarnya.

Setelah tahu sebabnya, Dimnah akhirnya menuju ke sumber suara itu, setelah diketahuinya bahwa suara itu berasal dari hewan pemakan rumput belaka, maka Dimnah kembali menghadap, tetapi raja masih takut dan Dimnah menawarkan diri untuk membawa Syatrabah kepada raja. Dimnah pun membujuk Syatrabah untuk mau menghadap pada raja.
Setelah menjamin keselamatan Syatrabah, akhirnya Syatrabah mau juga. Dan pada akhirnya justru, antara raja dan Syatrabah malah menjadi dekat dan bahkan Syatrabah menjadi orang kepercayaan raja. Melihat hal itu, Dimnah iri dan merencanakan hal buruk pada keduanya. Ia kemudian memfitnah keduanya hendak saling membunuh. Fitnahan itu pun berhasil membuat kedua karib itu akhirnya bertengkar hingga Syatrabah mati.
 Namun raja menyesalkan perbuatannya itu. Melihat hal demikian, semua penduduk hutan risau termasuk seekor harimau yang kemudian tak sengaja mendengar percakapan antara Kalilah dan Dimnah, di sanalah baru tahu bahwa itu hanya rekayasa yang dibuat Dimnah. Mendengar hal itu, harimau tersebut memberitahu kepada ibu raja singa dan akhirnya ibunya pun memberitahu anaknya.
Raja terkejut mendengar itu dan memanggil Dimnah untuk diadili, karena pandainya Dimnah, Dimnah mampu membantah semua tuduhan meski demikian ia tetap dipenjara terlebih dahulu, karena hal itu, Kalilah pun meninggal. Namun pada akhirnya Dimnah pun dapat dihukum mati oleh Raja Hutan.







Tidak ada komentar:

Posting Komentar